Hiburan

Peminat ‘intai’ perut buncit, Nad Zainal nafi dakwaan hamil

Perubahan bentuk badan pelakon wanita, Nad Zainal, menjadi perbualan warganet apabila kononnya ada penampakan ‘baby bump’.

Peminat tertanya-tanya adakah pelakon jelita itu sedang ‘bunting pelamin’ selepas berjaya mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail Aziz.

Ada pula segelintir pengikutnya yang menganggap perbezaan itu disebabkan kesan steroid yang diambil ketika terlantar sakit di hospital baru-baru ini.

Namun pelakon drama Cina Buta itu terus menafikan dengan kenyataan itu dan mengatakan perut buncit hanya kerana baru selepas makan nasi.

Perbualan dan dakwaan ini juga timbul apabila Nad memuat naik sebuah video ulasan mengenai produk berasaskan susu kambing.

Terdahulu Nad Zainal dan Ungku Ismail selamat bergelar suami isteri pada 23 Januari 2023 secara tertutup.

Sebelum ini Nad mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 namun berpisah tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7 tahun dan Budi Kalsom 2 tahun.

(Visited 360 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button