JenayahNasional

Laporan polis dibuat terhadap Rafizi Ramli

SATU laporan laporan polis dibuat terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli atas dakwaan memfitnah dan membuat tohmahan ke atas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Sulit Kanan kepada Ikmal Hisham, Mohammad Iskandar Idris bagi pihaknya.

Menurut satu kenyataan hari ini, Ikmal Hisham berkata, laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur berhubung tindakan Mohd Rafizi Ramli yang memuat naik satu artikel dalam Facebook beliau pada 6 Oktober 2022 bertajuk ‘’Batal Niat Surat Anugerah Kontrak Meriam SPH Kepada Syarikat Ada Kaitan Anak Menteri.

Artikel itu mengaitkan nama Ikmal Hisham dengan sebuah syarikat iaitu MA Analytics Sdn Bhd.

“Ia adalah satu fitnah dan pembohongan yang bertujuan politik bagi mencemarkan nama baik saya sebagai Timbalan Menteri Pertahanan,” katanya.


Katanya lagi, beliau sama sekali tidak mempunyai kuasa dalam menentukan atau mempengaruhi pemilihan syarikat dalam mana-mana perolehan kementerian.

“Ini memandangkan Kementerian Pertahanan telah menetapkan setiap perolehan aset dan kelengkapannya yang baharu mempunyai proses kerja yang perlu dipatuhi dan perlu diperakukan oleh pengguna sendiri iaitu Tentera Darat

Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atau Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum sebarang perolehan dilaksanakan dan seterusnya dikemukakan kepada agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan untuk kelulusan perolehan,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Tanah Merah.

Oleh itu, kata Ikmal Hisham lagi, apa yang dinyatakan oleh Mohd Rafiziz Ramli dalam artikel itu juga adalah tohmahan yang bertujuan merosakkan nama baik dan menyemarakkan kebencian orang awam terhadap dirinya.

“Saya serahkan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia untuk menyiasat serta mendakwa Mohd Rafizi melalui peruntukan undang-undang sedia ada.

“Pada masa sama, sekali lagi saya tegaskan, apa yang dinyatakan oleh beliau adalah satu fitnah dan tohmahan yang bermotif politik apatah lagi dalam keadaan negara dijangka mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lama lagi,” kata Ikmal Hisham dalam kenyataan yang sama. –  SM

(Visited 95 times, 3 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button