Nasional

Koronavirus: Giliran Malaysia pula selepas negara jiran

WABAK koronavirus dilaporkan dikesan di Malaysia sejak semalam selepas pelancong dilaporkan dari Wuhan China, tiba di sini.

Kes pertama melibatkan lapan orang pelancong dari negara tanah besar itu dikuarantin dekat sebuah hotel di Johor Bahru.

Kemudian disusuli empat kes terbaru melibatkan tiga kes di Semenanjung dan satu di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan semalam memaklumkan kesemua pesakit dimasukkan ke wad pengasingan.

Bagaimanapun, ujian makmal ke atas tiga pesakit pertama didapati negatif bagi jangkitan koronavirus.

“Pesakit di Sabah sudahpun dimasukkan ke wad pengasingan sejak Rabu bagaimanapun dia dilaporkan stabil.

“Namun sampel bagi kes itu dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) bagi pengesanan dan pengesahan. Keputusan bakal diperoleh dalam masa terdekat,” katanya.

Kes Johor Bahru, lapan pelancong China bersama seorang lelaki memasuki Malaysia dari Singapura pada Khamis lalu.

[BACA ARTIKEL] Kematian keempat akibat koronavirus baharu dicatat di Wuhan, China — Suara Merdeka

[BACA ARTIKEL] 25 kematian akibat koronavirus di China, kes semakin meningkat — Suara Merdeka

Lelaki berkenaan sebelum ini disahkan positif koronavirus itu oleh Singapura.

LEE BOON CHYE

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye, lapan pelancong berkenaan dikuarantin dekat sebuah hotel bagi mengelak penularan wabak.

Katanya, mereka dipantau secara dekat sekurang-kurangnya dalam masa seminggu bagi mengenalpasti perkembangannya.

“Pemantauan dilakukan adalah untuk melihat sama ada mereka menujukkan tanda-tanda dijangkiti.

“Bagaimanapun mereka bukanlah pesakit, hanya dikuarantin kerana telah bersama-sama dengan lelaki yang disahkan dijangkiti koronavirus di Singapura,” katanya seperti dilaporkan portal Astro Awani.

[BACA ARTIKEL] Koronavirus: Singapura sahkan dua lagi kes — Suara Merdeka

Sebelum itu, kumpulan pelancong berkenaan dilaporkan menginap dekat Hotel Shangril-La Rasa Resort di Sentosa, Singapura sebelum memasuki negara ini. – SM

(Visited 137 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button