Nasionalpilihan

Jumlah tinggi vaksinasi berkesan di KL, 99 peratus pesakit hanya alami gejala ringan

99 peratus daripada 1,604 kes Covid-19 yang dilaporkan semalam tidak bergejala atau hanya mempunyai gejala ringan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu membuktikan jumlah vaksinasi yang tinggi di Wilayah Persekutuan mula tunjuk kesan positif.

“Hanya 1 peratus yang dikesan berada di tahan kategori 3 ke atas.

“Vaksinasi akan terus diperhebat kearah mencapai herd immunity yang dijangka pada bulan hadapan,” katanya.

Dua hari lalu, Annuar menyatakan keyakinannya bahawa Kuala Lumpur dan negara amnya akan mencapai herd immunitu pada awal bulan hadapan.

Jelasnya, Kuala Lumpur akan dibuka semula untuk dan rakyat perlu sesuaikan diri untuk hidup bersama dengan Covid-19.

“Kuala Lumpur akan dibuka semula kepada semua tetapi kita perlu pastikan yang kepatuhan kepada SOP akan menjadi sebahagian daripada gaya hidup ketika itu.

“Malah, sebelum Kuala Lumpur dibuka semula kepada semua juga, saya akan pastikan semua warga ibu kota mesti diberikan vaksin.

“Saya akan turun cari mereka dan pastikan tiada sesiapa yang tidak tertinggal daripada divaksin supaya bila Kuala Lumpur dibuka semula, semua akan terlibat,” katanya. -SM

(Visited 76 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button