Politik

Bersatu beri kerjasama sepenuhnya dalam siasatan SPRM- Muhyiddin

Muhyiddin Yassin yakin siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan RM92.5 bilion oleh kerajaannya akan mendapati pelbagai dakwaan yang dilemparkan kepadanya dan Bersatu adalah fitnah dan tidak berasas.

Beliau beranggapan bahawa serangan dari Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang tidak henti-henti terhadap perbelanjaan kerajaannya dalam pakej rangsangan dan bantuan pandemik Covid-19 disebabkan oleh PN telah berjaya dalam pilihan raya umum tahun lepas.

“Mereka gentar menghadapi kemaraan PN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam buah negeri di Semenanjung Malaysia dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Kerana itu, kerajaan PH-BN akan terus melakukan pembunuhan karakter (character assasination) terhadap PN dan saya dengan melemparkan pelbagai tohmahan jahat yang tidak berasas,” beliau berkata.

Beliau berkata tuduhan penyelewengan RM600 bilion itu hanyalah direka supaya tindakan undang-undang terhadap BERSATU dapat diambil dengan tujuan untuk melemahkan jentera pentadbiran BERSATU sehingga sukar menghadapi PRN akan datang.

“Saya yakin siasatan SPRM akan mendedahkan bahawa dakwaan bahawa terdapat RM4.5 bilion dalam akaun Bersatu, atau saya, adalah palsu,” kata bekas perdana menteri itu.

Saya tidak pernah mengambil satu sen pun yang bukan milik saya,” tambah presiden Bersatu itu.

(Visited 352 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button