Travel

Produk penjagaan bayi, Tasneem menyasarkan perniagaan ke Indonesia

Produk penjagaan bayi keluaran Bumiputra, Tasneem Business Legacy menyasarkan untuk melebarkan sayap perniagaan ke Indonesia yang semakin mendapat permintaan tinggi di negara itu.

 

Walaupun sudah 7 tahun di pasaran produk Tasneem ini masih mementingkan penggunaan bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk penggunaan bayi.

 

Keluaran terbaru Produk Tasneem

Kini Tasneem Naturel mengeluarkan pelbagai produk selamat untuk bayi seperti Balsam (Balm), Lotion (Kalmy Lotion), Minyak Bayi (Rsty Oil, Stommy Oil), Rangkaian Mandian Bayi dan Semburan (Sleepy Pillow Mist) serta tampalan ( CF-Patch dan Sleep Tight Patch).

 

Menurut pengasasnya Haridah Sahri, produk Tasnem masih mengekalkan bahan yang berkualiti untuk kepuasan kepada para pengguna.

 

“Tasneem Naturel telah lama dikenali sebagai pembekal produk bayi yang berkualiti tinggi dan selamat, dengan fokus pada bahan-bahan semulajadi. Kami berdedikasi untuk terus inovatif dan responsif terhadap keperluan pelanggan kami’’. Jelasnya.

 

Hasratnya juga agar produk ini diterima sekaligus dapat memasuki rangkaian farmasi besar di Malaysia seperti di Big Pharmacy, Watson, Guardian dan sebagainya.

 

Sehingga kini Tasneem Naturel memiliki 400 ejen yang aktif namun mensasarkan penambahan Affiliate di Tik Tok sehingga 10 ribu seluruh negara disamping memperkenalkan program inisiatif terbaru dari Tasneem Naturel untuk membantu lebih ramai pengedar sah tasneem jana pendapatan.

 

Baru-baru ini mereka telah melancarkan program yang dinamakan Tasneem HOME Centre sebagai sebuah inisiatif terbaru untuk pengedar sah mereka.

 

Tasneem HOME Centre merupakan satu inisiatif perniagaan yang menyasarkan pembukaan pusat jualan perniagaan Tasneem Naturel yang beroperasi dari rumah sama ada di lokasi bandar atau luar bandar.

 

Setiap Tasneem HOME Centre berdaftar akan diberikan bahan pemasaran PERCUMA terdiri daripada bunting, katalog, flyers, car window sticker, beg plastik berlogo dan kad perniagaan dengan memaparkan wajah pemilik Tasneem HOME Centre itu sendiri.

 

Selaras dengan objektif syarikat untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Naturel mengalu-alukan kepada mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai pengedar sah Tasneem Naturel secara percuma dan bergerak ke hadapan menjana pendapatan yang lebih baik.

 

Pihak Tasneem Naturel berhasrat untuk melahirkan lebih ramai pengedar Tasneem Naturel yang berjaya dan menjadikan program Tasneem HOME Centre ini lebih berkembang dan menjadikan ramai pengedar Tasneem lebih mudah dicari seterusnya produk Tasneem lebih mudah didapati.

 

Tasneem Naturel juga kini dalam rangka penjenamaan pelbagai produknya di pasaran disamping mengeluarkan beberapa produk terbaharu dalam jangkamasa terdekat iaitu Lotion cooling untuk batuk selsema, Nappy rash – lotion untuk diapers, Lotion untuk ibu-ibu.

Artikle Berkaitan :>

Produk Sarang Burung Walit Asli topik menarik di Radio Klasik FM tengah hari esok

Produk herba Andro G pengganti ubat tahan sakit

(Visited 34 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button