Hiburan

Pengaruh sebagai pelakon sangat berat – Woo Sung

BAGI peminat filem Korea Selatan berjudul A Momment To Remember, pasti cukup kenal dengan pelakon Jung Woo Sung.

Filem yang ditayangkan pada 2004 itu sarat dengan elemen kesedihan itu benar-benar menyentuh hati penonton ditambah pula dengan lakonan berbakat Woo Sung.

Tercalon dalam kategori Pelakon Terbaik untuk Anugerah Filem Daejong pada awal Jun lalu, Woo Sung mengakui jika diberi pilihan lain, dia enggan bergelar seorang pelakon.

Filem A Momment To Remember yang dibintangi Jong Woo Sung dan Son Ye Jin.

“Saya memang puas hati dengan kerjaya saya sekarang. Bekerja sebagai pelakon membuatkan saya sentiasa berfikir bagaimana mahu mewujudkan hubungan baik semasa masyarakat.

“Saya tidak menyesal bergelar seorang pelakon tetapi jika diberi pilihan lain, saya memang tidak akan memilih kerjaya ini,” katanya seperti dilaporkan Soompi.

BACA> Shuk kantoi curang, tutup ruangan komen IG

Menurut Woo Sung, bergelar seorang pelakon ini memerlukan seseorang itu untuk memikul tanggungjawab yang sangat berat.

Baginya, pelakon ini adalah seorang yang sangat dikenali dan pelakon juga bertanggungjawab menyemai menyebarkan pengaruh positif kepada masyarakat.

“Bila kita berpengaruh, pasti akan ada yang cuba menjadikan pelakon contoh. Jika jahat perangai pelakon itu, maka boleh rosaklah masyarakat,” ujarnya.

 

Selain itu, Woo Sung turut berkongsi rasa sedih kepada keluarganya kerana dia memilih untuk berlakon di usia yang muda.

Woo Sung berkata banyak masanya ketika muda diluangkan di luar sebagai anak seni hingga dia jarang dapat bertemu dengan ibunya.

Sementara itu, Woo Sung juga ditanya berkenaan hal perkahwinan dan menurutnya, dia sudah bersedia untuk berkahwin tetapi masih belum bertemu wanita yang sesuai.

BACA> Lima artis Kpop dengan pendapatan YouTube tertinggi

Dalam satu kaji selidik awam berkenaan perkahwinan selebriti mana yang rakyat Korea Selatan ingin lihat, Woo Sung berada di tangga pertama.

“Sebelum ini saya memang ingin seorang wanita yang cantik tetapi di usia 47 tahun ini, dapat berkahwin pun sudah memadai,” katanya tertawa. -SM

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button