Ekonomi

Kamaruzaman Pengerusi MTCC baharu

KAMARUZAMAN MOHAMAD dilantik sebagai Pengerusi baharu Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) menggantikan Datuk Yogeesvaran Kumaraguru.

Pelantikan beliau dilaporkan berkuatkuasa pada 11 Mei lalu selepas Yogeesvaran menerajuinya selama setahun lapan bulan.

BACA > Sumbang Kepada Masjid Dengan Barangan Kitar Semula – Raja Muda Perlis — Suara Merdeka

Berbekal kelayakan bagi menerajui badan pensijilan, Kamruzaman sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan penting dalam sektor swasta.

MTCC dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, Kamaruzaman pernah berkecimpung dalam industri minyak dan gas sejak 2010.

“Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) dan Ijazah Sarjan Sains dalam Pengurusan Sistem Maklumat dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

“Beliau memulakan kerjaya sebagai pensyarah IT pada 2000, kemudian terus menceburi bidang itu selama tiga tahun.

BACA > Protes, rusuhan suatu kegagalan di AS – Bush — Suara Merdeka
BACA > Rusuhan AS: Pasukan bersenjata dikerah — Suara Merdeka

“Kemudian beliau meneruskan kerjaya dalam industri perkhidmatan di sektor swasta khusus dalam bidang insurans takaful,” katanya dalam kenyataan sama.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Yong Teng Koon menzahirkan ucapan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Kamaruzaman ke dalam MTCC.

“Kami yakin Tuan Haji Kamaruzaman akan dapat memimpin Lembaga Pemegang Amanah serta Bahagian Pengurusan MTCC dengan baik.

BACA > Kadar pengangguran negara masih terkawal – Tengku Zafrul — Suara Merdeka
BACA > PKPB: Sedikit sinar penghujungnya sudah kelihatan — Suara Merdeka

“Kami juga berharap suatu perspektif baharu bakal dibawakan dalam menerajui agenda pengurusan hutan mampan menerusi Skim Pensijilan Kayu Malaysia,” ujarnya. – SM

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka
Back to top button