Parlimen

Malaysia pesan 41.699 juta dos vaksin untuk rakyat

Malaysia telah menandatangani perjanjian untuk memperoleh 8 lapan jenis vaksin Covid-19 daripada enam pembekal bagi 130.3 peratus populasi Malaysia.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, vaksin terbabit melibatkan Pfizer & BioNTech, Sinovac, CanSino, AstraZeneca, Jannsen, Novavax dan Gamaleya.

Jumlah pesanan membabitkan 41.699 juta dos vaksin yang akan melindungi 130.3 peratus penduduk Malaysia.

“Lebihan pembelian melebihi 100% keseluruhan populasi Malaysia ini adalah sebagai simpanan penimbal atau kecemasan bagi kumpulan masyarakat yang tercicir daripada statistik.

“Seperti warganegara asing yang tiada dokumen dan juga keperluan pemberian vaksinasi kepada golongan kanak-kanak yang ketika ini masih belum dilaksanakan atau keperluan booster shot yang ketika ini masih diperingkat kajian pelaksanaan dan keperluannya oleh panel pakar di bawah JKJAV,” katanya.

Jelas beliau, vaksin Sputnik V keluaran Gamaleya National Research Centre for Epidemiology and Microbiology, Russia masih melalui proses penilaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Manakala bagi vaksin Novavax yang ditawarkan pembeliannya menerusi fasiliti COVAX masih belum mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Khairy Jamaluddin demikian dalam Penerangan Menteri Sains, Teknologi dan Inobasi berkenaan porgram vaksinasi dalam Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pagi tadi.

Menurutnya, sehingga 26 Julai lalu 23.88 juta dos telah diterima daripada syarikat pembekal menerusi perolehan Kerajaan.

Daripada jumlah tersebut sebanyak 1.085 juta dos telah diterima pada suku pertama; 8.906 juta dos telah dihantar pada suku kedua manakala bakinya adalah jumlah vaksin yang diterima pada bulan Julai.

Malaysia turut menerima vaksin daripada tiga buah negara iaitu Jepun menyumbang 998,400 dos vaksin AstraZeneca, Amerika Syarikat yang telah menyumbang 1 juta dos vaksin Pfizer dan China yang menyumbang vaksin Sinovac sebanyak 500,000 dos.

“Ini bermakna, vaksin yang telah diterima oleh Malaysia menerusi perolehan Kerajaan dan juga sumbangan daripada negara luar sehingga kini adalah berjumlah 26.383 juta dos,” kata Khairy Jamaluddin.

Tambah beliau United Kingdom dan Arab Saudi juga sedang membuat pertimbangan untuk menyumbang vaksin kepada Malaysia.

Khairy Jamaluddin turut memberitahu keseluruhan sebanyak RM5.8 bilion diperuntukan bagi pelaksanaan PICK.

Daripada jumlah tersebut sebanyak RM4.8 bilion disalurkan kepada Kementerian Kesihatan manakala RM1 bilion disalurkan kepada MOSTI.-SM

(Visited 51 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button