Luar Negara

Lapan hilang dalam kejadian tanah runtuh di Colombia

LAPAN orang hilang dalam kejadian tanah tanah runtuh yang dicetuskan oleh limpahan air sungai “El Mono” di perbandaran Chaparral, di bahagian Tolima, Colombia, lapor agensi berita Xinhua memetik kerajaan tempatan pada Khamis.

Maklumat awal Pejabat Pengurusan Risiko melaporkan lapan orang hilang, dua cedera, 30 keluarga terjejas manakala tiga buah rumah musnah serta beberapa bangunan termasuk pusat kesihatan, sekolah dan gereja mengalami kerosakan.

Datuk Bandar Chaparral Humberto Buenaventura berkata kepada media tempatan, kejadian itu berlaku pada Khamis pagi dan anggota agensi penyelamat sudah berada di lokasi.

“Kami akan mengadakan mesyuarat tergempar pengurusan risiko pada hari ini untuk menentukan bentuk bantuan yang diperlukan mangsa. Buat masa ini, kami meminta bantuan anggota briged mencari dan menyelamat bersama dengan angkatan tentera untuk menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat,” katanya. – BERNAMA

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button