Nasionalpilihan

Rakan ditahan kerana dadah, lelaki cuba rasuah polis RM10,000

SEORANG lelaki ditahan kerana cuba memberi suapan kepada pegawai polis bagi membebaskan dua rakannya yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, suspek cuba memberi wang berjumlah RM10,000.

Mengulas mengenai dua suspek yang ditahan kerana dadah, jelasnya, pihaknya menahan suspek lingkungan 30-an di hadapan sebuah hotel dekat Jinjang, di sini, pada jam 3.45 petang hari sama.

“Selain tangkapan, kita turut merampas 10 paket plastik disyaki berisi dadah jenis methamphetamine seberat 130 gram bernilai RM13,000.

“Ujian saringan air kencing pula mendapati seorang suspek positif methamphetamine dan amphetamine. Kita juga mendapati seorang suspek mempunyai 32 rekod jenayah dan dadah,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -SM

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button