NasionalNegeri

Raja Puan Muda rasmi “Annual Gala Dinner & Show Karen Barnes Dance”

RAJA Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat merasmikan “Annual Gala Dinner & Show Karen Barnes Dance” di Hotel Majestic di Kuala Lumpur.

Berkenan berangkat sama, Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen disambut pada “Annual Gala Dinner & Show Karen Barnes Dance” di Hotel Majestic di Kuala Lumpur.

Hadir sama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Karen Barnes Dance ditubuhkan pada tahun 1992 dengan tujuan menyediakan latihan tarian yang berkualiti dalam kumpulan kecil.

Pada tahun 2005, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah telah berkenan menjadi penaungnya.

Majlis telah dimeriahkan lagi dengan persembahan bakat-bakat cilik dengan tarian yang memukau.

Raja Puan Muda ketika bertitah mengucapkan tahniah kepada pemilik sekolah berkenaan, Karen Barnes kerana telah diterima sebagai ahli International Dance Council (The United Nations of Dance) di bawah UNESCO.

Baginda turut menzahirkan rasa gembira dan amat teruja kerana dapat menyaksikan persembahan unik dan mencabar yang dipersembahkan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berbual dengan tetamu pada “Annual Gala Dinner & Show Karen Barnes Dance” di Hotel Majestic di Kuala Lumpur.

Sementara itu pada tarikh 9 Mei juga Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis telah menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-29.

Baginda berdua dikurniakan dua puteri iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, 28, Sharifah Farah Adriana, 22 dan seorang putera iaitu Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail, 14.- SM

BACA Eskayvie raikan lebih 500 usahawan dan kakitangan dalam ‘Grand Annual Dinner 2023’

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button