Nasional

Papan iklan gergasi bahasa Cina diturunkan

SEBUAH papan iklan gergasi yang mengutamakan tulisan dan bahasa Cina diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Papan iklan tersebut yang terletak di sekitar Midvalley di ibu negara hanya mengunakan bahasa kebangsaan sebagai tulisan sampingan.

IKLAN

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, semua papan iklan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan perlu menggunakan bahasa kebangsaaan sebagai bahasa utama.

Jelas beliau, bahasa lain boleh digunakan namun perlu lebih kecil daripada tulisan bahasa kebangsaan.

“Billboard ini telah di turunkan. Semua papan iklan di Wilayah Persekutuan mesti mendaulatkan bahasa kebangsaan. Bahasa jiwa bangsa.

“Bahasa lain boleh digunakan tetapi hendaklah lebih kecil dari tulisan dalam bahasa kebangsaan. Tatabahasa hendaklah seperti diluluskan DBP. PBT meluluskan permit tempat mengikut syarat syarat tertentu,” jelas Annuar.

Sebelum itu kewujudan papan tanda tersebut menjadi tular di media sosial.

Warganet mempersoalkan bagaimana papan iklan yang tidak mengutamakan bahasa kebangsaan boleh diberikan permit.

“Yang saya faham, papan tanda iklan mesti diungkapkan dengan bahasa kebangsaan@bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Dan bahasa lain boleh digunakan untuk mengiringi – perbetulkan kalau saya salah.

“Tapi penggunaan bahasa pada papan iklan ni keadaannya terbalik. Bahasa lain digunakan sebagai ungkapan utama dan bahasa kebangsaan jadi bahasa yang mengiringi.

“Ke saya yang ketinggalan kapal? Tidak tahu Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 – Akta Kerajaan Tempatan 1976 – dah tak diguna pakai lagi,” tanya warganet.-SM

(Visited 643 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button