Nasionalpilihan

Lanjutan Program JKIP beri tumpuan kepada golongan mudah terjejas

PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO), agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang diamanahkan untuk melaksanakan Program JaminKerja-Insentif Penggajian (JKIP) di bawah Bajet 2022, menyambut baik keputusan Kerajaan untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan Program JKIP ini selama enam (6) bulan lagi sehingga 31 Disember 2022 dalam satu kenyataan oleh Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman bin Datuk Aziz Mohamed

Dengan pengangguran berada pada kadar 3.8 peratus iaitu lebih tinggi berbanding sebelum pandemik melanda, intervensi dan sokongan Kerajaan bagi terus merancakkan pasaran buruh negara adalah amat penting.

PERKESO juga yakin dapat memenuhi mandat Kerajaan untuk menyediakan 55,000 peluang pekerjaan kepada golongan rentan sepanjang pelanjutan ini. Sasaran tersebut adalah bagi menyokong matlamat Program JKIP untuk mewujudkan sebanyak 300,000 peluang pekerjaan bagi sepanjang tahun 2022.

Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman bin Datuk Aziz Mohamed

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan pelanjutan Program JKIP, yang telah tamat tempoh asalnya pada 30 Jun  2022, sewaktu merasmikan Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022, pada Isnin lalu.

Lanjutan program ini akan memberikan tumpuan kepada usaha pengambilan pekerja daripada sektor pelancongan, pekerja yang menggantikan pekerja asing (program Malaysianization), Orang Kurang Upaya (OKU), wanita dan pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Dengan peruntukan sedia ada Program JKIP sebanyak RM2 bilion di bawah Bajet 2022, sebanyak RM475 juta akan disalurkan oleh PERKESO sebagai insentif kepada para majikan yang mewujudkan peluang pekerjaan dan membuat pengambilan kepada seramai 55,000 pekerja daripada golongan mudah terjejas ini. Untuk sepanjang tempoh  pelanjutan JKIP ini, syarat permohonan dan kadar insentif kepada majikan serta bantuan mobiliti kepada pekerja yang diambil, kekal seperti sebelum ini. – SM

Artikel berkaitan > Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 cipta rekod

(Visited 293 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button