Politik

Azmin masuk, Bersatu perkukuh kedudukan dalam kerajaan

DATUK Seri Mohamed Azmin Ali dilihat akan mengukuhkan kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai kerajaan sekiranya benar beliau menyertainya.

Hal demikian akan berlaku apabila bekas Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mengesahkan satu pengumuman akan dibuat mengenai kemasukan ke Bersatu.

Ini bermakna, kedudukan Bersatu semakin kukuh apabila hampir semua jawatan menteri kanan dipegang oleh Ahli Parlimen daripada parti itu.

Malah situasi itu dilihat menguntungkan bekas Timbalan Presiden PKR itu apabila terus memegang kedudukan kanan dalam Kabinet.

“Di zaman PH (Pakatan Harapan), kumpulan Mohamed Azmin yang tidak sehaluan dengan partinya dapat empat jawatan menteri. Manakala yang pro Anwar cuma dapat tiga jawatan menteri.

BACA > PN sudah kemuka permohonan pendaftaran kepada ROS – Suara Merdeka

“Di zaman PN (Perikatan Nasional), Mohamed Azmin semakin untung kerana dilantik menteri kanan walaupun tidak berparti.”

Demikian dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam Facebooknya hari ini.

Terdahulu, Zuraida memaklumkan satu pengumuman mengenai kedudukannya bersama Mohamed Azmin pada 22 Ogos ini.

Katanya, satu pengumuman rasmi akan dibuat untuk memaklumkan penyertaan mereka dalam Bersatu.

Bagaimanapun, menurut Mohd. Puad, penyertaan kumpulan Mohamed Azmin ke dalam Bersatu nanti menyerlahkan lagi wajah sebenar beliau.

Ini kerana, sebelum ini Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dilihat beruntung apabila tidak berparti.

BACA > Polis siasat akuan bersumpah berkaitan dakwaan diliwat – Suara Merdeka

“Azmin nampaknya sentiasa untung bila wajahnya tidak jelas,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau juga memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen Gombak itu akan berhadapan kesukaran dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ini termasuklah kemampuannya untuk mempertahankan kerusi kawasan itu susulan beliau tidak lagi bersama PKR.

https://www.facebook.com/drpuadzarkashi.official/posts/10158471570953609?__tn__=-R

“Tetapi apabila menyertai Bersatu baharulah wajah Azmin nampak jelas. Cuma bila wajah sudah jelas, bolehkah Mohamed Azmin menang lagi di Gombak?

“Setelah menyertai Bersatu, bukan mudah bagi Mohamed Azmin dan kumpulannya meraih sokongan solid orang Cina seperti di PRU-13 dan 14.

“Bila masuk Bersatu, bermakna Azmin akan masuk MN. Ikutlah peribahasa, ‘masuk kandang kambing mengembik, masuk kandang kerbau menguak’.

BACA > PN dan Muhyiddin lulus ujian kedua – Suara Merdeka

“Jangan nak mengaum pula macam harimau.

“Rakyat nampak wajah sebenar Azmin. Ketua Polis Negara sahaja yang kata wajah Azmin masih kabur,” sindir beliau. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button