Travel

Langkawi dibuka kepada pelancong tempatan 16 September

PULAU peranginan dan destinasi pelancongan terkenal, Pulau Langkawi akan dibuka kepada pelancong tempatan bermula pada 16 September ini.

Mesyuarat Sidang Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju menjadikan Pulau Langkawi sebagi projek rintis program ‘travel bubble’ sebelum membuka beberapa destinasi pelancongan yang lain.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, destinasi pelancongan dibuka apabila kadar vaksinasi penduduk tempatan mencapai 80 peratus.

“Sukacita dimaklumkan bahawa, mesyuarat bersetuju untuk membuka sektor pelancongan di beberapa destinasi di bawah program “travel bubble” berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.

“Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September.

“Destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80 peratus,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan.

Program “travel bubble” diusahakan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).

Menteri Pelancongan Datuk Seri Hajah Nancy sebelum ini berkata, strategi untuk memilih destinasi rintis adalah perlu bagi memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap keselamatan di sesuatu destinasi pelancongan negara

Pulau Langkawi dipilih sebagai “testing ground” untuk menyemarakkan kembali industri yang telah lama terjejas akibat penularan pandemik COVID-19 memandangkan pulau itu terasing.

Faktor itu juga menurutnya akan memudahkan urusan pemantauan.

Destinasi rintis yang dipilih ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri seperti mempunyai rangkaian penerbangan seranta dan antarabangsa, serta mempunyai kepelbagaian kemudahan penginapan bagi pelbagai lapisan segmen pelancong.

Jumlah penduduk di Pulau Langkawi yang layak menerima vaksin adalah dianggarkan sekitar 76,400 orang daripada keseluruhan penduduk yang berjumlah 111,500 orang.

Selepas Langkawi beberapa pulau lain turut menjadi destinasi pilihan untuk program ‘travel bubble’ -SM

(Visited 750 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button