MahkamahNasional

Ahmad Zahid tiba di mahkamah bagi meneruskan perbicaraan

BEKAS Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamdidi tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi meneruskan perbicaraannya.

Perbicaraannya diteruskan pada hari ini bagi mendengar keterangan saksi seterusnya dalam kes berkaitan Yayasan Akal Budi.

Beliau yang juga Presiden UMNO itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah kira-kira pukul 9.10 pagi tadi.

Semalam perbicaraan beliau disifatkan paling pendek apabila saksi ke-86 dilaporkan sekadar memberi jawapan ‘tidak tahu, tidak pasti, tidak ingat’.

Premshangar Venugopal dari firma Lewis & Co menjawab demikian ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah.

Ahmad Zahid dihadapkan ke mahkamah atas 47 pertuduhan membabitkan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Yayasan Akal Budi.

Ahli Parlimen Bagan itu berhadapan tuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagi pengubahan wang haram, Ahmad Zahid berhadapan tuduhan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button