Rencana

“Langkah Pendekar, Senyum Bersilat”


Oleh: Johanori Ramlan  (Guru Muda Kanan)
Pertubuhan Seni Silat Sri Gayong Panglima Ulung Malaysia

Maksud mendalam di sebalik tari silat, yang bukan hanya sekadar persembahan gerak langkah yang menarik, tetapi juga mengandungi simbol dan mesej mendalam tentang falsafah kehidupan serta penguasaan diri.

Tarian silat bukan hanya menjadi pembuka majlis, malah digunakan untuk memperkenalkan identiti sesebuah perguruan. Setiap langkah membawa maksud tersendiri – dari gerak ke langkah ke arah keamanan dan keselamatan.

Bagi ahli silat sejati, menyaksikan tari silat adalah satu pengalaman yang memerlukan pemahaman mendalam dan penghargaan terhadap nilai seni dan perjuangan di sebaliknya.

Para pesilat tidak sekadar menari kosong tanpa memahami maksud gerakan, serta menyeru agar penonton awam lebih bijak menilai antara persembahan silat dengan persembahan hiburan biasa.

“Bertari tangan biar bermesra, bertapak biar ringan, menapak biar berat,” merupakan antara ungkapan yang dirakam sebagai panduan dan nasihat kepada generasi muda pesilat.

NOTA:

Ini adalah tulisan yang pernah diterbitkan di dalam majalah seni bela diri dan diolah kembali.

Johan akan berkongsi lebih banyak ilmu persilatan bersama Suara Merdeka.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button