Auto Travel

CFMOTO 650GT, sama hebat dengan jenama motosikal lain

Motosikal keluaran jenama CFMOTO masih baru untuk pasaran di Malaysia dan ramai yang belum melihatnya dari jarak dekat. Walau bagaimana pun jenama ini sebenarnya telah lama berada di jalan raya dan ramai telah memilikinya.

Antaranya ialah model CFMOTO 650GT yang krew EnjinDot.Com uji kali ini. Bagi mereka yang gemar mengembara dengan motosikal bersesaran melebihi 500cc, model ini mungkin salah satu pilihan yang patut anda cuba. Harga yang ditawarkan adalah RM33,800 tidak termasuk insuran dan cukai jalan, murah dan berbaloi.

Model ini mampu menarik perhatian sehinggakan ada seorang pakcik keluar daripada keretanya lalu berkata kepada admin, “Serius cantik. Motor apa ni?” Secara peribadi, motosikal ini memang cantik.

Diharap PKP ini tidak terlalu lama untuk jelajah jalan-jalan merentas negeri. Inikan “touring bike”, jom melancong!

Jentera ini dibekalkan dengan enjin bersesaran 649.3cc, 2 silinder selari, 4 lejang dengan sejukan cecair. Kuasa yang dihasilkan adalah 62.54 PS pada 9,000 rpm dan tork setinggi 58.5 Nm pada 7,000 rpm. – SM

Kredit : FB EnjinDot.Com

 

(Visited 648 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button