Politik

ADUN PH sertai barisan Exco Ab Rauf, cerminan Kerajaan Perpaduan

KETUA Menteri Melaka yang baharu, Datuk Ab Rauf Yusoh membayangkan Adun dari Pakatan Harapan (PH) akan menyertai barisan exconya nanti.

Dalam satu hantaran di sosial Facebook rasminya, Ab Rauf berkata, beliau akan memastikan barisan exco akan dibentuk adalah lebih inklusif dan mencerminkan kerajaan perpaduan di Putrajaya.

Beliau menegaskan kerajaan baharu negeri Melaka nanti adalah sebuah kerajaan negeri kukuh dan stabil.

“Sebuah kerajaan perpaduan yang dibentuk hasil muafakat bersama antara parti politik yang mempunyai mandat kuat untuk berkhidmat kepada rakyat Melaka,” katanya.Ads by

Dalam hantaran sama, katanya beliau akan merangka Pelan 100 Hari yang baharu untuk menjana lebih banyak pelaburan dan pekerjaan buat Melaka.

“Rakyat Melaka dahagakan pembangunan. Mereka mahu melihat kemudahan hospital, kemudahan sekolah, peluang perniagaan dan peluang pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik. Melaka juga memerlukan infrastruktur, termasuk bekalan air, jalan raya dan digital, yang lebih baik,” menurut hantaran itu lagi.

Ab Rauf yang merupakan Adun Tanjung Bidara mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 semalam menggantikan Adun Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali yang melepaskan jawatannya. – SM

BACA Calon tidak disenarai jangan kecewa – Ab. Rauf

BACA Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button