fbpx
Sukan
Trending

Langkah kanan Chia dan Soh di Kejohanan All-England

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik memulakan kempen dengan langkah kanan setelah meraih kemenangan pada Kejohanan Badminton All-England di Birmingham, England pada Rabu.

Gandingan pilihan kelapan yang juga rangking 10 dunia itu, mengalahkan rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Muhd Rumsani; menang 21-15 dan 21-17 dalam perlawanan pusingan pembukaan All-England di Arena Birmingham, menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di laman webnya ; www.bwfworldtour.bwfbadminton.com.

Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi turut mara ke pusingan kedua dengan mengetepikan beregu muda China, He Ji Ting dan Tan Qiang;19-21, 21-15 dan 21-12 dalam kejohanan yang menawarkan US1.1 juta (RM4.677 juta).

Bagi beregu wanita negara, dua wakil Malaysia — Vivian Hoo Kah Mun- Yap Cheng Wen dan Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean, juga mara ke pusingan kedua selepas menewaskan lawan masing-masing.

Hoo dan Yap mengalahkan regu Nadia Fankhauser dan Iris Tabeling (Switzerland/Netherlands) dengan kemenangan 21-13 dan 21-17 manakala Mei Kuan dan Meng Yean menundukkan Li Wen Mei dan Zheng Yu dari China;15-21, 21-15 dan 21-18.


Keputusan pusingan pertama:

(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan  [  ] menunjukkan kedudukan)

Perseorangan Lelaki:

Lee Zii Jia kalahkan [6] Jonatan Christie (INA)  21-15, 21-13

Beregu Lelaki:

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kalahkan He Ji Ting-Tan Qiang (CHN)  19-21, 21-15, 21-12

[8] Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalahkan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Muhd Rumsani  21-15, 21-17

Perseorangan Wanita:

[5] Ratchanok Intanon (THA) kalahkan Soniia Cheah 21-9, 21-11

Beregu Wanita:

Vivian Hoo Kah Mun-Yap Cheng Wen kalahkan Nadia Fankhauser-Iris Tabeling (SWI/NED) 21-13, 21-17

Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean kalahkan Li Wen Mei-Zheng Yu (CHN) 15-21, 21-15, 21-18

Beregu Campuran:

Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari (INA) kalahkan  [7] Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-16, 21-11

[6] Seo Seung Jae-Chae Yu Jung (KOR) kalahkan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai  21-12, 21-13

Tan Kian Meng-Lai Pei Jing kalahkan Joshua Hurlburt Yu-Josephine Wu (CAN)  21-16, 21-11

— BERNAMA

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button