Ekonomi

Saham MAHB merosot susulan peletakan jawatan oleh CEO Kumpulan secara mengejut

SAHAM Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) di Bursa Malaysia merosot 22 sen pada rehat tengah hari.

Ini susulan peletakan jawatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin, secara mengejut semalam.

Operator lapangan terbang itu dalam kenyataan menyebut Ketua Pegawai Operasi, Mohd Shukrie Mohd Salleh, akan mengisi jawatan itu sebagai Pemangku CEO Kumpulan.

Seorang penganalisis berkata pemergian mengejut Raja Azmi, yang dilantik ke jawatan itu pada 4 Jan tahun lepas, akan mewujudkan ketidaktentuan dalam operasi MAHB dalam tempoh terdekat.

Pada akhir dagangan pagi, saham MAHB merosot 2.91 peratus kepada RM7.34, dengan 2.38 juta saham bertukar tangan. – BERNAMA

(Visited 165 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button