Nasional

Laman rasmi Facebook Sultan Johor cecah sejuta pengikut

Laman rasmi Facebook DYMM Sultan Johor mencecah sejuta pengikut “followers” pada hari ini, sekaligus menjadikan wadah komunikasi penting antara Baginda bersama rakyat jelata.

“Hari ini laman Facebook saya sudah mencecah satu juta pengikut. Terima kasih semua” titah DYMM Sultan Johor dalam hantaran ke Facebook rasmi baginda.

Facebook, merupakan antara medium sosial penting yang digunakan Baginda Tuanku Sultan untuk menyampaikan pelbagai nasihat serta perkara penting dari semasa ke semasa kepada rakyat Johor.

Halaman itu, bukan sahaja menyiarkan pelbagai aktiviti-aktiviti serta sumbangan mengenai DYMM Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor, malah menjadi ruangan yang membolehkan rakyat turut menyampaikan pandangan atau idea mereka.

DYMM Sultan Johor sememangnya amat dekat dihati rakyat, malah Baginda juga sentiasa melawat pelbagai kawasan penempatan diseluruh Johor, di mana Kembara Mahkota Johor merupakan acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh rakyat.


Selain Facebook, Baginda Tuanku Sultan turut mempunyai medium laman sosial Instagram, malah aktiviti-aktiviti DYMM Sultan Johor turut dimuatnaik di dalam YouTube.

(Visited 258 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button