Teknologi

iPhone 15 mengalami gangguan sistem

Siri Apple iphone 15 mula terjual di pasaran pada minggu lepas namun kini sudah mula banyak rungutan daripada pengguna tentang talifon pintar tersebut.

Mengambil maklum tentang permasalahan tersebut, Apple mengeluarkan satu kenyataan media bahawa mereka telah mengenal pasti punca masalah tersebut.

Menurut syarikat rangkaian pengeluar telefon pintar itu, isu kepanasan luar biasa itu adalah gabungan beberapa punca pepijat dalam sistem operasi iOS 17 serta peningkatan aktiviti di bahagian latar sementara iPhone 15 diaktifkan.

Satu lagi isu melibatkan beberapa kemas kini terhadap aplikasi pihak ketiga yang menyebabkan sistem dalam telefon itu untuk mengalami terlebih muatan (overload). Bagi menyelesaikan masalah ini, Apple akan bekerjasama dengan para pembangun aplikasi untuk memberikan pembaikan kepada pengguna.

Mereka juga menolak mempunyai kaitan cip pemproses 3nm 17 Pro dan penggunaan titanium yang gagal menahan kepanasan.

Apple memberi jaminan bahawa selepas sahaja kemas kini tidak akan merendahkan prestasi iPhone 15 dan memberi tidak akan menjejaskan prestasi telefon dalam jangka masa panjang.

Sementara itu, sebahagian pemilik BMW turut melaporkan Isu Cip NFC Iphone 15 Pro Rosak selepas caj secara ‘Wireless’ dalam kereta mereka malah tidak dapat lagi berfungsi.

BMW mempunyai masalah charge dengan Iphone

Pelanggan yang terjejas mengatakan iPhone mereka bertukar ke mod pemulihan data dengan skrin putih dan cip NFC tidak lagu berfungsi selepas iPhone reboot semula.

Aduan terkini hanya membabitkan pengguna iphone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max namun terdapat kemungkinan model iPhone 15 biasa juga akan terjejas dengan isu yang sama.

Nasihat kepada pemilik siri iPhone 15 diminta untuk hanya mengecas peranti menggunakan pengecas yang disediakan sahaja sehinggalah isu ini benar-benar diselesaikan.

Artikle Berkaitan :>

Semua iPhone 15 yang akan dijual pada 2023 akan dilengkapi Dynamic Island

Gaya rambut pun ikut design iPhone, Samsung tampil dengan video parodi!

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button