Luar Negara

Darurat diisytihar di Kalimantan Tengah akibat pencemaran udara dan kebakaran hutan

Pihak berkuasa di Kalimantan Tengah, Indonesia mengisytiharkan darurat selama 10 hari mulai Jumaat (6 Okt), berikutan pencemaran udara yang teruk hingga mengurangkan jarak penglihatan akibat kebakaran hutan dan tanah yang berterusan, kata Gabenor H. Sugianto Sabran.
Memetik laporan BERNAMA, Beliau berkata indeks pencemaran udara mencapai tahap berbahaya pada 3 Okt, dengan jarak penglihatan menurun kepada kurang daripada 1,500 meter pada 2 Okt akibat asap tebal.
“Data yang dikumpul dari 1 Jan hingga 2 Okt menunjukkan sejumlah 38,104 titik panas yang dikesan di rantau ini.
“Ini telah menyebabkan 3,230 kejadian kebakaran hutan dan tanah, manakala usaha memadam kebakaran setakat ini mencecah 9,137 hektar tanah,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagi menangani isu ini, pihak berkuasa telah memperuntukkan sebanyak 110 bilion rupiah (kira-kira RM33 juta), untuk mempergiatkan operasi memadam kebakaran dan menyediakan perkhidmatan kesihatan bergerak kepada penduduk yang terjejas.
(Visited 53 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button