Nasional

Belia lestari pupuk jiwa pemangkin Malaysia Madani

Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan usahasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) menganjurkan ‘Program Belia Lestari: Belia Pemangkin Malaysia Madani’ sebagai satu inisiatif memperkukuh serta meraikan peranan belia sebagai penggerak kelestarian masa hadapan.

Md Amin ketika berdiskusi dalam sesi pembentangan ‘Organisasi Lestari Dalam Tindakan’.

Program yang berlangsung semalam di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah itu adalah inisiatif ini bukti dalam menyahut hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan pimpinan warga akademik dan pentadbir dalam kalangan belia bertepatan dengan AKEPT, sebuah agensi pelaksa utama di bawah naungan KPT yang berperanan membentuk dan menyediakan usaha pembangunan kepimpinan terhadap pemimpin institusi pengajian tinggi.

Usahama UPSI dan AKEPT menguatkan lagi institusi melalui kepakaran bidang pendidikan sedia ada dalam mencapai matlamat mensasarkan potensi kepimpinan belia khususnya. Transformasi yang dibawa melalui tampuk kepimpinan warga belia mempunyai potensi besar yang cukup berdaya cipta dan terdorong ke arah perubahan masa depan yang lestari serta terancang.

Sesi penyerahan cenderamata oleh Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman (dua dari kanan) kepada Timbalan Pengarah (AKEPT), Azrul Izham Hamzah.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff, cabaran yang kian mencabar kini memaksa belia keperluan pimpinan, dorongan juga bimbingan agar generasi ini lebih kental dan berdaya tahan selari dengan dinamik tersebut.

“Teori believe, target, appreciate, collegiality dan dare to fail dijadikan sebagai sumber rujukan serta dorongan dalam menjadi pemimpin belia berevolusi yang mempunyai matlamat terarah, membawa mereka ke laluan yang tepat. Kuasa yang diberikan merupakan amanah penting yang perlu digalas dengan sebaiknya”, ujar beliau.

Prof Md Amin (tengah) bersama hadirin serta para panel jemputan forum ‘Program Belia Lestari’.

Tambah Md Amin lagi, program ini telah mendedahkan sebahagian besar konsep sebenar kepimpinan belia melalui perkongsian pakar luar serta dari UPSI sendiri berkenaan kesihatan mental, pengurusan kewangan, tugas sebagai bakal pemimpin dan sebagainya.

Program forum yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pusat Kelestarian Kepimpinan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Azrul Izham Hamzah itu dibahagikan kepada tiga sesi iaitu ‘Forum: Kelestarian Masa Hadapan & Kewarganegaraan Global’, ‘Forum Sesi Selari: Bengkel Selari Tindakan Positif Bagi Masa Depan Seimbang’, dan ‘Pembentangan: Organisasi Lestari dalam Tindakan’ diadakan di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) UPSI.

Antara hadiri yang mengikuti program Program Belia Lestari: Belia Pemangkin Malaysia Madani’ di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning UPSI.

Panel forum terdiri daripada Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff; Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Belia, Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, Kementerian Belia dan Sukan, Musyfirah Elias; Pengarah Pusat Sejahtera untuk Kelestarian dan Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Sanusi; Penolong Ketua Penerangan, Majlis Belia Negara, Mohammad Syafiq Ridzwan Jamaluddin; Pensyarah Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Dr. Nizamuddin Alias; Pensyarah Fakulti Pengurusan & Ekonomi, Prof. Madya Dr. Mohd Faizal Basri; Pengarah Pusat Kaunseling UPSI, Dr. Pau Kee serta timbalan Pengarah Pusat Antarabangsa dan Mobiliti (IMC) UPSI, Dr. Siti Nur Amalina Ahmad Tajuddin.

Hadir sama; Dekan Fakulti Sains & Matematik UPSI, Prof. Madya Dr. Faizal Nizam Lee Abdullah; Pengarah Program Belia Lestari , Prof. Madya Dr. Syakirah Samsudin serta Timbalan Pengarah Program Belia Lestari, Dr. Mohd Ikhwan Hadi Yaacob.
-SM

Baca : UPSI anjur Program UPSI Prihatin Komuniti “Quit Vaping Now” beri kesedaran bahaya ‘Vape’

(Gambar ihsan UPSI) BKK UPSI 26-7-2023

(Visited 28 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button