Nasional

Lajim Ukin ditidurkan, dijangkiti Covid-19

AHLI Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Lajim Ukin yang dijangkiti wabak Covid-19 sejak lapan hari lalu ditidurkan tengah hari tadi di Hospital Pakar KPJ Sabah.

Kesihatan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) itu dilaporkan semakin merosot maka, menyebabkan pihak hospital mengambil keputusan untuk menidurkannya bermula tengah hari tadi.

Lajim,66, menghidap penyakit kronik termasuk penyakit jantung dan buah pinggang disahkan positif Covid-19 pada 12 Ogos.

Bekas Ahli Parlimen Beaufort itu sempat mengikuti rombongan lawatan kerja Ketua Menteri di Kudat Sebelum disahkan positif.

“Selepas pulang dari Kudat, beliau (Lajim) mula merasa tidak sihat. Maka, beliau terus menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Gleneagles pada sebelah malam dan disahkan positif wabak Covid-19. Beliau mula menjalani kuarantin di Hospital Pakar KPJ pada keesokkan hari sehingga sekarang.

“Semasa dikuarantin keadaan kesihatan beliau tidak menunjukkan sebarang kemajuan hingga menyebabkan keputusan diambil untuk menidurkannya pada hari ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Online.-SM

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button