Politik

Ketua-ketua Penerangan BERSATU kutuk tindakan dua bekas ADUN BERSATU Johor

Ketua-Ketua Penerangan BERSATU bahagian dalam kawasan utara negeri Johor sebulat suara membuat ketetapan menyokong penuh Resolusi Muzakarah PAS – BERSATU menyertai pilihan raya negeri Johor atas nama PERIKATAN NASIONAL.

“Kami mengutuk tindakan tidak bermaruah dua orang mantan ADUN BERSATU yang keluar parti selepas DUN Johor dibubarkan. Tindakan mereka ini sudah dijangka, serta tidak menjejaskan perpaduan BERSATU Johor dan ukhuwah PERIKATAN NASIONAL,” kata kumpulan berkenaan dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu ditandangani oleh Ketua Penerangan BERSATU Pagoh,Ketua Penerangan BERSATU Ledang,Ketua Penerangan BERSATU Labis, Ketua Penerangan BERSATU Muar,Ketua Penerangan BERSATU Bakri, Ketua Penerangan  BERSATU Batu Pahat,Ketua Penerangan BERSATU Sembrong, Ketua Penerangan BERSATU Segamat, Ketua Penerangan BERSATU Sri Gading dan Ketua Penerangan BERSATU Air Hitam.

Sebelum ini, bekas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dan bekas ADUN Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad mengumumkan keluar BERSATU serta-merta pada Rabu dan Sabtu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka yang masing-masing merupakan Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya serta Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor turut memberitahu tidak meyakini hala tuju parti berkenaan.

(Visited 382 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button