Berita GajetEkonomiGajet

HONOR Malaysia akan mengumumkan sesuatu dalam masa terdekat?

SELEPAS membawa pulang 29 anugerah di pameran Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2022 baru-baru  ini, HONOR telah menjadi tajuk utama media antarabangsa yang melaporkan mengenai teknologi tercanggihnya, termasuk telefon pintar paparan LTPO pertama di dunia yang didatangi Modulasi Lebar Nadi (PWM) serta fungsi AI Privacy Call.

HONOR sedang meningkat ke tahap tinggi di skala global, dengan bahagian pasaran yang terus melonjak selepas lantunan berbentuk ‘V’ di China.

Berdasarkan  laporan analisis daripada Counterpoint, HONOR telah meningkatkan bahagian pasarannya lebih dua kali ganda berbanding setahun lalu untuk menjadi OEM kedua terbesar China buat kali pertama selepas menjadi jenama bebas.

Susulan kejayaan pelancaran di MWC, laporan media tempatan mendedahkan HONOR Malaysia sudah bersedia untuk memasarkan satu siri peranti baharu di Malaysia.

Ini akan menjadi pelancaran pertama HONOR Malaysia pada tahun 2022 dan juga pelancaran kedua HONOR Malaysia sejak bebas.

Sumber turut mengesahkan peranti baharu tersebut akan dihadiri dengan paparan kadar segar semula 120Hz dan pengecasan pantas HONOR SuperCharge 66W, seterusnya menimbulkan spekulasi peranti ini mungkin adalah model daripada siri ‘Essential’ HONOR.

Peminat siri HONOR ini pasti teruja dan tidak sabar menanti kehadiran telefon pintar tersebut di Malaysia.
Pengumuman rasmi daripada HONOR mengenai pelancaran peranti tersebut berserta beberapa maklumat mengenainya akan sekali lagi menjadi tajuk utama media tempatan. Untuk kemas kini mengenai peranti ini, terus bersama kami dengan mengikuti laman web rasmi HONOR dan Facebook HONOR Malaysia.

(Visited 131 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button