Politik

Pas tegas dokong sistem Raja Berpelembagaan

PAS menegaskan parti tersebut mendokong sistem Raja Berperlembagaan dalam kerangka keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu uga akan berdiri teguh bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin.

Beliau menyatakan, Pas akan mendokong semua keputusan yang telah dibuat oleh Kabinet.

Serentak itu, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air itu meminta semua pihak bersatu ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.

“PAS menyeru semua pihak untuk kekal bersatu padu dan mengenepikan politiking dalam menguruskan negara ketika situasi pandemik Covid-19. Kestabilan politik serta perpaduan rakyat sangat diperlukan dalam menghadapi ancaman pandemik,” katanya.-SM

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button