Nasional

Lagi sindiket seludup minyak diesel bersubsidi tumpas

Kelicikan sebuah sindiket menjual minyak diesel bersubsidi secara haram berjaya ditumpaskan oleh polis Melaka apabila menahan tiga lelaki di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai
di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tiga lelaki yang ditahan berusia antara 31 hingga 55 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Pasukan Risik Batalion 6, Pasukan Gerakan Am (PGA) kira-kira pukul 2.00 petang.

Menurutnya, kesemua suspek itu ditahan ketika sedang memindahkan minyak diesel bersubsidi dianggarkan bernilai RM346,600 dari sebuah lori ke dalam sebuang tangki simpanan.

“Hasil pemeriksaan di dalam lori itu menemui satu tangki besi berisi 3,000 liter diesel. Turut ditemui satu unit pam, tiga buah tangki skid dan tiga set hos lutsinar,” ujarnya dalam satu
kenyataan hari ini.

Patit berkata, turut dirampas dalam serbuan berkenaan ialah lapan unit tangki IBC (intermediate bulk containers), enam pam minyak diesel, 11 hos lutsinar dan 33,000 liter minyak diesel bersubsidi dengan anggaran keseluruhan rampasan berjumlah RM346,600.

Menurutnya, polis berjaya melumpuhkan sindiket dengan modus operandi yang sama hasil daripada beberapa tangkapan sebelum ini.

“Mereka membeli minyak subsidi daripada stesen minyak di sekitar Melaka sebelum menjualnya di pasaran industri dengan harga yang tinggi,” ujarnya.

Menurutnya, kesalahan tersebut disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga 100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. – SM

(Visited 218 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button