Nasional

Kilang cemar air tidak ada kebenaran merancang, diarah roboh

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu kilang yang menjadi punca pencemaran airdan didirikan di atas tanah persendirian tidak mempunyai kebenaran merancang (KM) daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Justeru pihak Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan supaya pemilik premis tersebut merobohkan struktur bangunan yang terdapat di tanah tersebut.

“Kita arahkan pemilik untuk pulihkan, iaitu kosongkan tanah. Maknanya mereka kena robohkan bangunan itu. Sampai tempoh tertentu, kalau tak ada, kita akan robohkan.
“Operasinya, pihak majlis akan tengok sesuai atau tidak dan sebagainya. Pada masa ini, kita akan tutup paling kurang dalam tiga, empat bulan sebelum ia betul-betul selamat.
“Saya rasa, setelah dua kejadian, kita akan semak segenap mungkin supaya kilang itu tidak beroperasi kerana mereka telah menyusahkan 1.97 juta akaun di seluruh negeri Selangor,” katanya pada sidang media.
Beliau sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Bangunan Air Selangor.
Amirudin berkata, pihak juga telah mengarahkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengambil tindakan sewajarnya.-SM
(Visited 233 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button