Nasional

Peperiksaan bertulis SPM bermula Rabu ini

KUALA LUMPUR: Seramai 407,097 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula Rabu ini hingga 29 Mac ini.

Sindiket Peperiksaan Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata 50,154 pegawai peperiksaan telah dilantik dan ditempatkan di 3,382 pusat peperiksaan di seluruh negara bagi memastikan peperiksaan bertulis SPM berjalan lancar.

Calon dikehendaki mematuhi garis panduan yang dikeluarkan kementerian berhubung operasi sekolah dan peperiksaan serta prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 seperti yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

“Calon juga diingatkan supaya membawa bersama dokumen pengenalan diri dan slip pendaftaran peperiksaan ke pusat berkenaan.

“Mereka boleh merujuk laman rasmi Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my untuk segala maklumat mengenai peperiksaan bertulis SPM termasuk tarikh, masa, kertas kerja serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh peperiksaan itu,” baca kenyataan itu.

 

(Visited 215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button