NasionalParlimen

MySTEP berjaya tawar lebih 118,000 peluang pekerjaan

MENTERI Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sejak inisiatif MySTEP dilaksanakan, ia telah berjaya menawarkan lebih 118 ribu peluang pekerjaan.

Beliau berkata, kerajaan akan meneruskan pelaksanaan MySTEP dengan menawarkan 50,000 peluang kerjaya secara kontrak merangkumi 15,000 dalam sektor awam dan 35,000
melalui Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Katanya, tempoh perkhidmatan MySTEP sektor awam juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2023.

“Sukacita juga diumumkan bermula tahun 2023, gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga 2,100 berbanding RM1,400 hingga 2,000 sebelum ini,” katanya dalan pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, Keluarga Malaysia juga akan terus disediakan dengan peluang mengikuti pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula bagi mempersiap diri memenuhi kehendak pasaran kerja.

“HRD Corp akan menyediakan sejumlah RM750 juta runtuk memberi latihan kemahiran kepada lebih 800 ribu pekerja bagi meningkatkan produktiviti dan peluang pendapatan,” katanya.

Tambahnya, sebagai usaha melahirkan bakat baharu, Suruhanjaya Sekuriti dengan kerjasama Dana Pembangunan Pasaran Modal akan menubuhkan Dana Inovasi Digital (DIGID) melibatkan RM30 juta bagi meningkatkan kebolehpasaran 9,000 graduan dalam pasaran modal.

Selain itu katanya, RM20 juta turut disediakan bagi melaksanakan Program Usahawan Siswazah (PUSh) untuk memanfaat 1,000 graduan menceburi bidang keusahawanan. – SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button