Politik

Tabung Haji memalukan: Najib petik ciapan Siti Nurhaliza

CIAPAN penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengenai kemelut berkaitan Tabung Haji pada tahun 2015 kembali menjadi perhatian.

Terbaharu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut memetik kembali ciapan yang dilakukan Siti Nurhaliza pada 8 Mei itu.

“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji..Ya Allah Lindungi kami ..

“Itulah tweet dari seorang artis pada tahun 2015 apabila terkeluar berita bahawa Tabung Haji beli sebidang tanah TRX 1.6 ekar dengan harga RM188.5 juta untuk projek pembinaan kondo,” kata Najib.

Jelas Najib pada tahun sama, syarikat tersenarai WCT Holdings Bhd membeli sebidang tanah TRX seluaa 1.6 ekar bersebelahan tanah dibeli TH dengan harga lebih tinggi RM223 juta untuk projek pembinaan kondo.

Menurut beliau, tahun lepas syarikat tersebut telah melancarkan projek kediaman bernilai RM1.1 bilion dan syarikat itu dijangja akan mengaut keuntungan besar dari projek TRX.

Manakala Tabung Haji sudah batalkan projek kediaman di tanah TRX yang sepatutnya dimajukan oleh TH Properties.

“Masa dulu, kita beri peluang untuk Tabung Haji menjana keuntungan lebih dengan menjual tanah TRX di bawah harga pasaran supaya hibah kepada pendeposit akan lebih tinggi sedikit tetapi kita dituduh merompak Tabung Haji pulak.

“Ya, kita difitnah oleh banyak pihak masa itu termasuk artis.

“Siapa lagi antara kawan-kawan FB saya juga termakan fitnah dan propaganda PH tentang tanah TRX Tabung Haji masa itu?” tanya Najib

Pada 8 Mei 2015 akaun Twitter penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza  mendapat perhatian umum apabila ciapan beliau menyentuh tentang situasi yang melibatkan urus niaga pembelian hartanah oleh Lembaga Tabung Haji (LTH).

“Sangat memalukan dengan apa yg terjadi dgn kes Tabung Haji.. Ya Allah Lindungi kami,” ujar Siti Nurhaliza dalam Twitternya.

Ciapan tersebut walaupun ringkas tetapi memberi impak tersendiri kepada pihak yang memahami tentang situasi berkenaan. Setelah lima jam, tuit tersebut telah mendapat lebih 2,500 tweet semula dan lebih 1,000 ‘Like’.

Ciapan itu berkaitan pengesahan Lembaga Tabung Haji membeli tanah bagi tujuan pelaburan hartanah di pusat kewangan Tun Razak Exchange (TRX) milik 1Malaysia Development Board (1MDB).

Menurut Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH pada waktu itu, Datuk Johan Abdullah pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa.

Dan ia telah dinilai oleh sebuah badan penilai bebas profesional.

Bagaimanapun TH kemudiannya memutuskan untuk menjual tanah tersebut.-SM

 

(Visited 1,503 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button