BeritaNasionalPendidikan

Ketua agensi kerajaan diberi keahlian kehormat perpustakaan UPSI

PERPUSTAKAAN Tuanku Bainun (PTB) Universiti Pendidikan Sultan Idris ((UPSI) mengorak langkah dengan memberikan Keahlian Kehormat Perpustakaan kepada ketua-ketua jabatan dalam daerah Muallim bertujuan menjalinkan hubungan strategik dan kerjasama dua hala untuk faedah kedua-dua belah pihak.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata program yang julung-julung kali diperkenalkan itu akan memberi manfaat kepada warga Muallim untuk menikmati kemudahan yang terdapat di Perpustakaan Tuanku Bainun.

Sebagai permulaan, katanya, keahlian kehormat dianugerahkan kepada lapan pemimpin masyarakat iaitu  OBJ daerah Muallim, YDH Toh Paduka Setia Dato’ Ir. Dr. Safry Kamal  Ahmad; ADUN Slim,  Mohd Zaidi Aziz; Pegawai Daerah Muallim,Mohamad Fitri Hassan serta   Yang Dipertua Majlis Daerah Muallim, Mohd Ikram Ahmad.

Selain itu Ketua Balai Bomba Tanjong Malim,  Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari;  Pengarah Hospital Slim River, Dr. Sivanandarajah Satgunam; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Perancangan),  Norazam Md Isa serta  Pengurus Besar Proton Tanjong Malim Sdn Bhd, Shamsul Azmin Zaini.

Md Amin yang turut menyempurnakan majlis pelancaran kad  itu berkata dengan pemberian kad keahlian kehormat itu sekali gus akan meningkatkan minat serta keseronokan membuat kajian dan mampu menyuburkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat untuk menjadi insan yang berilmu pengetahuan.

Beliau berkata, menerusi langkah itu ia akan membuka peluang lebih meluas untuk masyarakat sekitar daerah Muallim untuk menjadi ahli PTB.

Sementara itu, Ketua Pustakawan PTB, Noriha Muhammad  mengalu-alukan pemimpin masyarakat dan ketua jabatan daerah Muallimyang lain  supaya menjadi ahli perpustakaan.

“Pihak PTB berperanan penting khususnya dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif ke arah mencapai objektif mewujudkan masyarakat yang berbudaya membaca serta berilmu yang sesuai dengan dasar kerajaan dalam agenda pembangunan sosial,” katanya.

Beliau berkata langkah itu bertepatan dengan Amanat Naib Canselor 2022, yang ingin menjadikan Muallim sebagai Bandar Ilmu.

“Keahlian yang ramai akan meningkatkan minat dan keseronokan membuat kajian serta mampu menyuburkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat untuk menjadi insan yang berilmu pengetahuan,” katanya.

Katanya, ahli kehormat boleh menggunakan segala kemudahan perpustakaan di Perpustakaan Tuanku Bainun, Kampus Sultan Abdul Jalil ini, dan UPSI Digital Library di Kampus Sultan Azlan Shah seperti yang dinikmati oleh pensyarah dan pelajar-pelajar UPSI.

Beliau berharap lebih ramai anggota masyarakat setempat   mendaftar sebagai Keahlian Luar Perpustakaan  untuk menggunakan kemudahan perpustakaan dengan dikenakan sedikit yuran. – SM

(Visited 695 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button