Nasional

Lagi 2% vaksinasi dewasa untuk buka sempadan negeri – KJ

LAGI dua peratus untuk mencecah 90 peratus dewasa lengkap divaksin dua dos Covid-19 bagi membolehkan sempadan negeri di buka.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, 88.0 peratus atau 20.603 juta populasi dewasa telah lengkap divaksin sehingga semalam.

“88 peratus populasi dewasa telah pun lengkap divaksin. Lagi 2 peratus untuk sempadan negeri di buka dan rakyat Malaysia tidak lagi perlu memohon MTP untuk keluar negara,” ciapnnya di Twitter.

Data Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menunjukkan sehingga semalam 94.4 peratus atau 22.098 juta penduduk dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Kesemua negeri mencatatkan lebih 70 peratus penduduk dewasa telah disuntik dua dos vaksin kecuali Sabah yang mencatatkan 62.2 peratus.-SM

 

(Visited 345 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button