NasionalNegeri

Lagi 10 bubu naga dirampas Zon Maritim Kuala Perlis

SUDAH tahu kerajaan mengharamkan bubu naga, aktiviti ini masih lagi diteruskan dengan harapan ia tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa.

INI bubu naga yang dirampas tapi mereka yang menggunakan bubu naga masih berterusan walaupun tahu ia aktiviti penangkapan ikan yang diharamkan oleh pihak penguatkuasa.

Aktiviti haram ini walaupun dilakukan secara sembunyi-sembunyi tetapi dengan kawalan ketat oleh pihak berkuasa akhirnya terbongkar juga.

Terbaharu Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis berjaya mengesan lagi kegiatan ini.

Pelapung kuning yang dipasang pada pancang kayu sebagai penanda bubu naga.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd  Hashim Mat Zain berkata, pihaknya telah merampas 10 set bubu naga pada kedudukan 0.4 batu nautika barat Kuala Perlis pada pukul 4 petang semalam.

Mohd. Hashim berkata, semasa rondaan pasukan Op Aman telah menemui sesuatu yang mencurigakan pada permukaan air iaitu pelampung berwarna kuning yang diikat pada pancang kayu.

“Dipercayai penanda pelampung dan kayu ini telah dipasang oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Mohd Hashim berkata, rampasan bubu naga bernilai RM800 itu kemudiannya dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Beliau berkata, penggunaan bubu naga diharamkan kerana ia boleh mengakibatkan anak-anak ikan dan udang mudah masuk ke perangkap jaring terbabit.

Tambah beliau, perbuatan itu akan menjejaskan biodiversiti marin serta mengakibatkan hasil laut semakin berkurangan.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162. – SM

(Visited 370 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button