Luar Negara

Buru Pokemon lebih penting, dua anggota polis dipecat

LEBIH memilih untuk memburu Pokemon daripada menjalankan tugas ke atas satu panggilan rompakan, dua anggota polis di Los Angeles, Amerika Syarikat dilucutkan jawatan.

Dua anggota polis yang bernama Louis Lozano dan Eric Mitchell dikatakan sedang memandu di kawasan Los Angeles bagi mencari Pokemon menerusi permainan Pokemon Go di telefon pintar.

Berdasarkan rakaman dalam kereta tersebut mendapati mereka telah menerima panggilan kes rompakan di gedung membeli-belah Los Angeles tetapi mereka memutuskan untuk terus memandu ke lokasi lain bagi mengejar Pokemon.

Kedua-dua anggota polis itu telah didakwa atas beberapa pertuduhan salah laku, dan mengaku gagal menjawab panggilan rompakan semasa kejadian pada April 2017, tetapi menafikan mereka bermain Pokemon Go.

Pasangan itu menegaskan dalam perbicaraan tatatertib bahawa mereka hanya membincangkan mengenai permainan itu.

Bagaimanapun, mahkamah rayuan California tidak mempercayai penjelasan mereka dan mengekalkan pemecatan dua anggota polis tersebut. -SM

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button