Nasional

Ladang Boom Grow buka peluang pekerjaan kepada pesara ATM

Ladang Boom Grow di Seksyen U5, Shah Alam membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, ia termasuk dalam inisiatif Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dalam memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada pesara ATM.

Adly berkata demikian semasa melawat ladang berkenaan melihat teknik terbaharu tanaman sayur berdaun dan herba secara smart farming.

“PERHEBAT adalah Perbadanan di Mindef yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan latihan sebelum persaraan bagi Anggota ATM.

“Semoga perkongsian pengetahuan ini dapat memperkukuh halatuju PERHEBAT untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada Veteran ATM,” katanya.

(Visited 180 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button