JenayahNasional

Datuk Roy ditahan SPRM, terbabit dalam projek Jana Wibawa

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang individu yang digelar ‘Datuk Roy’.

Beliau ditahan pukul 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Sumber berkata, suspek berusia lingkungan 50-an ditahan bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan Jana Wibawa.

Beliau berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi ini bagi tujuan permohonan reman.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Razaliah Ab Rahman ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Media semalam melaporkan SPRM Kuala Lumpur mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

SPRM dalam kenyataan, memaklumkan lelaki yang dikesan adalah Mohd Hussein Mohd Nasir, 54, yang juga dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ dengan alamat terakhir di No 3, Lorong 3 RRM Semambu, 25350 Kuantan, Pahang. – SM

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button