Nasional

Labuan wilayah pertama beralih Fasa 4

Wilayah Persekutuan Labuan menjadi wilayah pertama beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Ekonomi Negara berkuat kuasa 26 Ogos ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berpandukan kadar vaksinasi lengkap dua dos di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Wilayah Persekutuan itu mencapai 92.4 peratus imuniti kelompok bagi populasi dewasa.

Beliau berkata, perkara tersebut disokong data yang menunjukkan trend kes positif Covid-19 harian di Labuan menurun kepada satu digit secara konsisten selama 12 hari berturut-turut, malahan kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun ke angka sifar peratus berbanding 30 peratus pada bulan sebelumnya.

Manakala Negeri Sembilan pula beralih daripada Fasa 1 kepada Fasa 2.

“Bagi Negeri Sembilan, keadaan Covid-19 juga bertambah baik dengan menunjukkan trend penurunan penggunaan wad ICU daripada lebih 120 peratus kapasiti pada hujung Mei kepada kurang daripada 40 peratus semalam.

“Perkembangan tersebut adalah selaras dengan pencapaian kadar vaksinasi yang semakin tinggi iaitu 72.3 peratus daripada kalangan populasi dewasa yang telah menerima dua dos.

“Ini menunjukkan bahawa Negeri Sembilan berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran imuniti kelompok dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini. -SM

 

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button