Politik

Jika sahih, ia satu penghinaan yang tak pernah dibayangkan – Shahril Hamdan

JIKA betul itu yang diucapkan oleh bekas Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohammadin Ketapi, maka ia merupakan satu penghinaan yang tidak pernah dibayangkan.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, jika klip video ucapan seorang pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) mengulas mengenai tragedi Kampung Tanduo, Lahad Datu dahulu ketika berkempen di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang tular itu betul, bermakna ia sudah masuk fasa penghinaan.

“Penghinaan pada skala yang tak pernah dibayangkan,” katanya.

Beliau memberikan reaksi itu dengan merujuk kepada tular video ucapan seorang pemimpin Parti Warisan Sabah (Warisan) mengulas mengenai tragedi Kampung Tanduo, Lahad Datu.
“Jika klip ini sahih, bermakna Warisan sudah masuk ke fasa hinaan, hasutan dan penipuan skala yang tak pernah dibayangkan

Dalam klip video berkenaan, pemimpin yang berucap itu menyifatkan tragedi Kampung Tanduo sebagai “sandiwara” politik “perang antara ayam anjing sahaja”.

“Sembilan orang pasukan keselamatan dan enam rakyat biasa terbunuh. Ramai lagi yang cedera. Ramai yang masih trauma dan melihat dengan mata sendiri apa berlaku. Tidak ada sesiapa pun baik saksi, media tempatan atau media luar yang ada kesangsian bahawa tragedi, pencerobohan dan perang tersebut benar-benar berlaku,” kata Shahril dalam hantaran di Facebook.

Katanya, bagaimana mungkin seorang pemimpin boleh menuduh peristiwa hitam bagi negara dan negeri Sabah itu merupakan satu sandiwara dan tergamak mengutuk pengorbanan perajurit negara.

“Ini kenyataan gila. Sebelum ini saya menyangka Warisan menghasut secara halus dengan mesej untuk menolak kononnya parti Malaya. Tapi ini sudah masuk kepada kebencian terbuka pada satu tahap yang tak masuk akal.

“Dulu saya sangka Mohammadin Ketapi ini hanya angkuh dan tidak kompeten kerana kita masih ingat dia sombong mengatakan tak perlu tutup sempadan kerana pelancong tidak akan ada penularan COVID-19.

“Rupanya lebih teruk daripada itu… tidak layak langsung memegang apa-apa jawatan awam apatah lagi YB (Yang Berhormat-Wakil Rakyat) atau Menteri,” katanya. – SM

(Visited 108 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button