PRK

Kaji wujudkan pejabat daerah di Kimanis

KERAJAAN negeri Sabah kini dalam proses mengkaji penubuhan sebuah pejabat daerah baharu dalam kawasan Parlimen Kimanis bagi memudahkan penduduk yang sebelum ini berurusan di dua daerah berbeza.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pejabat daerah baharu itu akan diwujudkan di lokasi antara kawasan Membakut dan Bongawan.

Beliau berkata penubuhan pejabat daerah baharu itu sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong dan sebuah jawatankuasa sedang meneliti cadangan tersebut.

“Cuma saya katakan, (lokasi) pejabat daerah itu perlu berada di tengah-tengah (centre) jangan di Membakut dan jangan di Bongawan. Kalau tidak, orang Membakut akan jalan jauh (ke pejabat) dan orang Bongawan juga akan jalan jauh.

“…yang penting pejabat ini (perlu ditubuhkan) untuk kemudahan orang awam, (supaya rakyat) senang berurusan dan bukannya menyusahkan orang,” katanya kepada pemberita selepas berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis di kawasan Kampung Brunei di sini, hari ini.

Parlimen Kimanis merangkumi kawasan Bongawan yang terletak di sebelah selatan daerah Papar, manakala Membakut dalam kawasan pedalaman Beaufort.

Pada masa sekarang, penduduk kawasan Bongawan lazimnya berurusan di Pejabat Daerah Papar, manakala kawasan Membakut menjalankan urusan di Pejabat Daerah Beaufort.

Mengulas lanjut, Mohd Shafie berkata cadangan itu bukanlah satu perkara baharu kerana ia telah diumumkan oleh kerajaan terdahulu sejak 2013, namun tidak dilaksanakan. – BERNAMA

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button