Luar Negara

Kuwait gantung penerbangan keluar, masuk dari China, Hong Kong

KUWAIT memutuskan untuk menggantung penerbangan keluar dan masuk dari China serta Hong Kong berikutan wabak koronavirus yang telah meragut ratusan nyawa, umum kerajaan negara itu pada Khamis lapor agensi berita Anadolu.

Keputusan itu telah dimaklumkan kepada syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait, kata Ketua Pengarah Penerbangan Awam dalam satu kenyataan.

Larangan tertakhluk kepada rakyat Kuwait dan mereka yang memiliki permit penduduk tetap atau visa, tinggal di China atau Hong Kong dalam tempoh dua minggu lalu, tambah kenyataan itu. Larangan berkenaan berkuat kuasa sehingga diberitahu kelak.

Koronavirus pertama kali dikesan di Wuhan, wilayah Hubei, China.

Pada Khamis Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan darurat kesihatan global berikutan kebimbangan antarabangsa mengenai penularan virus tersebut. – BERNAMA

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button