Nasional

Kanak-kanak dua tahun patah tangan akibat tersepit di pintu lif

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terpaksa menahan kesakitan selepas tangannya tersepit di pintu lif, petang tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang di sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, sebanyak sebuah jentera bersama lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Razak telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya dilokasi kejadian, kita mendapati terdapat seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun tersepit di pintu lif.

“Kejadian tersebut juga telah menyebabkan kanak-kanak itu mengalami patah tangan di sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya terpaksa mengumpil pintu lif tersebut untuk mengeluarkan tangan kanak-kanak itu.

Tambahnya, mangsa kemudian telah dibawa ke hospital untuk tindakan seterusnya. -SM

(Visited 498 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button