pilihanRencah Hidup

Wanita Sanggup Curang Dengan Suami Untuk Dapatkan Status Janda Demi TikTok

Bukalah sahaja TikTok, penuh dengan For Your Page (#fyp) kandungan-kandungan daripada wanita yang berbangga dengan status single mum atau janda.

Kalau nak dikatakan diceraikan disebabkan tidak cantik, rupa paras mereka tersangatlah elok dan kandungan yang dibuat mesti takkan lepas daripada elemen menggoda.

Misalnya, golongan ini tanpa segan silu menulis kapsyen pada video mereka di TikTok dengan perkataan single mum atau janda demi mendapat tontonan di TikTok.

Kena pula dengan algorithm TikTok yang akan menyebarkan lebih luas kandungan sedemikian, bertambah-tambah banggalah mereka demi mengemis views dan likes.

Berbeza dengan kaum Adam, jarang sungguh ada segelintir lelaki yang sampai melacurkan dirinya dengan menulis kapsyen single dad atau duda pada video yang disiarkan.

Kita bukan bercakap soal diskriminasi jantina atau sebagainya, sebaliknya permasalahan sosial dan rumah tangga dalam kalangan orang Melayu beragama Islam bagaikan meruncing.

Kalau diajukan kepada jabatan-jabatan yang berkaitan, paling tidak, mereka cuma akan buat pemantauan dan pelaku bebas selagi tidak melanggar undang-undang sehingga tular.

Selagi tidak tular atau diberi perhatian, selagi itulah mereka akan gigih membuat apa-apa sahaja kandungan asalkan boleh #fyp di TikTok biar pun dengan terpaksa menggunakan status single mum atau janda!

(Visited 946 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button