Nasionalpilihan

Dua lelaki dalang sindiket proses, edar dan miliki makmal dadah ditahan

DUA lelaki masing-masing berusia 46 dan 53 tahun yang disyaki dalang utama sindiket memproses dan mengedar dadah di sekitar Lembah Klang dan Perak ditahan petang kelmarin.

Difahamkan, serbuan pertama dilakukan di sebuah pasaraya di kawasan Metro Prima, Taman Kepong, kuala Lumpur kira-kira pukul 2 petang.

Menerusi serbuan tersebut, polis telah menahan dua individu yang juga dalang utama sindiket yang berperanan sebagai pemproses dan penghantar dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sahar Abd Latif berkata, ketika serbuan dilakukan, seorang daripada suspek sedang menolak sebuah troli.

“Hasil pemeriksaan telah berjaya menemukan dadah yang disyaki jenis heroin seberat 1.3 kilogram yang bernilai RM47,880.

“Pemeriksaan terhadap seorang lagi suspek juga telah menemukan tiga biji pil ekstasi,” katanya.

Menurut Sahar, pemeriksaan lanjut kemudian telah menemukan kenderaan yang jenis Mercedes Bens yang digunakan suspek.

Jelasnya, turut ditemukan ialah dadah jenis ekstasi sebanyak 91 biji yang berjumlah RM1,365 yang disembunyikan di dalam pembesar suara di belakang kenderaan tersebut.

“Hasil ujian saringan awal juga mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan AMP serta mempunyai (10) rekod jenayah lampau,” katanya.

Soal siasat terhadap suspek menurut Sahar tela membawa kepada serbuan susulan di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Permatang Maju 2/1 Aman, Setiawan, Perak pada semalam.

Katanya, serbuan tersebut berjaya membongkar sebuah makmal haram yang digunakan oleh sindiket untuk memproses dadah disyaki jenis heroin.

“Siasatan awal pihak polis mendapati, rumah tersebut disewa dengan harga RM600 sebulan dan telah disewa selama enam bulan,” katanya.

Ujarnya, kedua-dua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, nilai keseluruhan rampasan dadah dan barangan serta wang yang disita berjumlah RM438,036. -SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button