Nasionalpilihan

Makan durian bersama beberapa individu, polis panggil usahawan kosmetik

POLIS akan memanggil seorang usahawan kosmetik selepas didakwa memakan durian bersama beberapa individu dan disiarkan secara langsung di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan satu tangkap layar siaran langsung berkenaan kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Video usahawan kosmetik itu sedang makan durian bersama beberapa individu telah tular di media sosial.

“Tangkap layar itu juga telah dikongsi lebih kurang 4,000 kali di media sosial berserta komen daripada netizen yang turut menanda (tag) akaun media sosial Polis DiRaja Malaysia (PDRM),” katanya.

Menurut Ku Mashariman, usahawan kosemetik itu merupakan seorang selebriti terkenal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial.

Jelasnya, penularan tangkap layar itu telah mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat kerena perbuatannya itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

“Kita telah menjalankan siasatan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPB) (Pelan Pemulihan Negara) 2021 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

“Pengusaha kosmetik tersebut juga akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai juga diingatkan supaya berhati-hati dalam memuat naik atau berkongsi apa-apa kenyataan dan kandungan di media sosial supaya tidak mewujudkan satu spekulasi negatif yang boleh mendatangkan fitnah atau kemudaratan kepada ketenteraman awam. -SM

(Visited 876 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button