NegeriPendidikanRencah Hidup

KUIPs sedia dua bas jemput pelajar dari 9 negara di KLIA

KOLEJ Universiti Islam Perlis (KUIPs) menyediakan dua buah bas bagi menjemput 52 pelajar baharunya dari sembilan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), esok.

Rektor KUIPs Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle berkata, kesemua pelajar tersebut dari Indonesia, Yaman, Mali, Sudan, Nigeria, Afghanistan, Chad, Myanmar dan Kemboja.

“Pihak KUIPs sendiri akan turun menjemput kesemua mereka sebaik tiba di negara ini untuk terus dibawa ke kampus di Perlis,” katanya dalam Siaran Media yang disediakan oleh Bahagian Korporat KUIPs.

Mohamad Rozaimi berkata, kesemua pelajar luar negara ini antara pelajar baharu yang akan mendaftar untuk sesi Februari ini.

“Pengambilan pelajar baru universiti ini adakan dua kali setahun iaitu Sesi Februari dan September setiap tahun,” katanya.

KUIPs yang ditubuhkan pada 3 Mac 2013 pastinya akan muncul sebagai hab pendidikan terkemuka di rantau ini selaras dengan motto ‘Perlis Negeri Ilmu’.

Pelajar yang menyambung pengajian disini ditaja penuh yuran pengajian, yuran pendaftaran, disediakan tempat penginapan dan wang sara diri sebanyak RM300.

Dalam pada itu pelajar tempatan yang ingin memohon melanjutkan pengajian di kampus ini boleh menghubungi pihak KUIPs atau melayari www.kuips.edu.my untuk mengisi borang pengajian. – SM

BACA KUIPs akan tawar biasiswa kepada pelajar IOU Gambia

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button